Jumaat, 2 Mei 2014

SISTEM SURIA

PLANET -PLANET DI DALAM SISTEM SURIA 

1.terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus 
   dan Neptun. 

UTARID



Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. 

ZUHRAH

 
Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi.

BUMI
 
BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana
 kehidupan diketahui wujud. 


MARIKH


Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid.

MUSYTARI


Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.  

ZUHAL


Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. 

URANUS


Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada
 gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal.



NEPTUN

Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...