KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
1. Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains.Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau ideasains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran prosesdan kemahiran manipulatif.Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalahseperti yang berikut:
•Mengenal pasti masalah
•Membuat hipotesis
•Merancang eksperimen
-mengawal pemboleh ubah
-menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
-menentukan langkah menjalankan eksperimen,
-kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
•Melakukan eksperimen
•Mengumpulkan data
•Menganalisis data
•Mentafsirkan data
•Membuat kesimpulan
•Membuat pelaporan
2. Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakanpendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan,murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen,projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaansumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.
3. Simulasi
Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasiboleh dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranansecara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainanpula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untukmempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuatkeputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsepdan prinsip yang dipelajari.
4. Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untukmencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang sertamenjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pastikaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnyamerancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak ataulain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.
5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaranlebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkanpembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana muridperlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan.Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang seringdijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.
6. Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahankeadaan daripada masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan padamasa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni sepertibertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
7. Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasapenyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimenboleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti yang berikut:
•Kenal pasti dan faham masalah
•Jelaskan masalah
•Cari alternatif penyelesaian masalah
•Lakukan operasi penyelesaian
•Nilaikan penyelesaian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan