Jumaat, 2 Mei 2014

Kitar Semula,Guna Semula dan Mengurangkan (Recycle,Reuse and Reduce)




Bahan Buangan  dan masalah utama

1.Memerlukan tempat pelupusan yang luas.
2.Memerlukan kos yang tinggi untuk melupuskannya.
3.Membazirkan sumber asas bahan.
4.Sumber bahan dibumi adalah terhad.
5.Boleh mencemarkan alam sekitar


Bagaimana Menanganinya?

1.Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku kita mestilah memulihara
   sumber asli kita.
2.Terdapat 3 cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita.

Kitar Semula ( Recycle).

1.Kitar Semula bermaksud memproses semula bahan buangan kepada bahan baru yang berguna.
2.Bahan yang boleh dikitar semula diperbuat daripada kayu, kaca,logam dan plastik.
3.Sampah yang hendak dibuang haruslah diasingkan mengikut jenis bahannya diperbuat sebelum dimasukkan    ke dalam tong kitar semula.
4.Contoh bahan yang boleh dikitar semula ialah surat khabar lama,buku-buku lama, majalah, kotak,tin susu,tin minuman,botol plastik, botol kaca dan sebagainya.

  
Guna Semula (Reuse).

1.Guna Semula bermaksud menggunakan semula bahan buangan bagi   tujuan  lain.
2.Kita perlu mengamalkan guna semula dengan menggunakan semula barang-barang yang telah digunakan.
3.Botol kaca dan tin aluminium boleh digunakan sebagai tempat alat tulis dan pasu bunga.
4.Bekas plastik pula boleh digunakan sebagai bekas mengisi biskut dan   tepung.
5.Tayar lama pua boleh dijadikan sebagai tempat buaian,pasu bunga dan papan tanda.

Mengurangkan (Reduce).

1.Mengurangkan bermaksud kita mengurangkan penggunaan bahan-bahan.
2.Sebagai contoh, membawa beg sendiri ke pasar raya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
3.Amalan mengurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula dapat menjadikan alam kitar lebih bersih dan selesa.

Kebaikan mengamalkan  Kitar Semula, Guna Semula dan Mengurangkan.

1.Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2.Mengelakkan pembaziran sumber dan bahan mentah.
3.Menjimatkan tenaga
4.Dapat tambah pendapatan
5.mengurangkan kesan rumah hijau

1 ulasan:

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR šŸ“ŒHimpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...