Isnin, 11 Februari 2019

PLC DI SEKOLAH

PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional


     Tidak dinafikan pasti ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan melaksanakannya daripada pihak PPD/JPN dan pihak Pengurusan Sekolah.Walaubagaimanapun kita sebagai Guru Abad 21 perlu mengambil ini sebagai satu cabaran yang menyeronokkan , sentiasa berfikiran positif  dan di samping itu kita juga  dapat berkongsi ilmu pedagogi , kaedah pdpc , strategik yang berkesan serta pelbagai pandangan bagi meningkatkan prestasi  pelajar amnya. 

     Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai (enjoy) oleh para guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid.



APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk pelajar-pelajar mereka.



LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.

PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 

  • menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
  • membina hubungan yang berkualiti
  • mempunyai program yang sangat berfokus
  • menggerakkan sumber-sumber sedia ada
  • berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC
  • memastikan pembelajaran murid
  • budaya kolaborasi
  • fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC
  • Kongsi kepimpinan
  • kongsi nilai dan visi
  • pembelajaran kolektif dan aplikasi
  • kongsi amalan peribadi
  • struktur
  • hubungan

STRATEGI PLC

PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:



Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi
Fail Penyelaras PLC Sekolah
Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah
1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
     - Tool kit (Borang)
     - Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
  1.  Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
  2.  Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
  3. Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
  4. Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
  5. Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
  6. Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah sebenarnya.



Tugas Guru Selepas PLC dijalankan
1.            Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.


Bagi mana-mana guru yang ingin tahu lebih mendalam mengenai PLC, Sila Klik LINK
terima kaseh atas perkongsian :
sumber dari 

3 ulasan:

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...