Khamis, 15 Mei 2014

Khamis, 8 Mei 2014

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS 

1. Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains.Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau ideasains  yang  tertentu.  Kaedah  saintifik  digunakan  semasa  eksperimen.Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran prosesdan kemahiran manipulatif.Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalahseperti yang berikut:
•Mengenal pasti masalah
•Membuat hipotesis
•Merancang eksperimen
 -mengawal pemboleh ubah
 -menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
 -menentukan langkah menjalankan eksperimen,
 -kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
•Melakukan eksperimen
•Mengumpulkan data
•Menganalisis data
•Mentafsirkan data
•Membuat kesimpulan
•Membuat pelaporan

2. Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakanpendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan,murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen,projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data, simulasi, penggunaansumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.

3. Simulasi
Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasiboleh dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranansecara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainanpula  mempunyai  peraturan  yang  harus  dipatuhi.  Murid  bermain  untukmempelajari  sesuatu  prinsip  ataupun  untuk  memahami  proses  membuatkeputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsepdan prinsip yang dipelajari.

4. Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untukmencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang sertamenjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pastikaedah  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  dikemukakan  dan  seterusnyamerancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak ataulain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaranlebih  berkesan,  menyeronokkan  dan  bermakna.  Untuk  mengoptimumkanpembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana muridperlu  menjalankan  aktiviti  atau  melaksanakan  tugasan  semasa  lawatan.Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang seringdijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahankeadaan daripada masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan padamasa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni sepertibertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian Masalah
 Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasapenyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimenboleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti yang berikut:
•Kenal pasti dan faham masalah
•Jelaskan masalah
•Cari alternatif penyelesaian masalah
•Lakukan operasi penyelesaian
•Nilaikan penyelesaian

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013 lagi.


APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.



TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik


APA YANG GURU PERLU UBAH?
1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi


PERANAN GURU UNTUK HOTs
1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi
PERBEZAAN HOTs DAN LOTs
Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secararingkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.
  

JADUAL UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (THN 4,5,6)2014

JADUAL UJIAN PERTENGAHAN TAHUN -4,5,6

ISNIN ( 12 MEI 2014 )

BAHASA MELAYU -PEMAHAMAN
BAHASA MELAYU -PENULISAN
PENDIDIKAN ISLAM

SELASA ( 13 MEI 2014 )

CUTI UMUM - HARI WESAK


RABU ( 14 MEI 2014)

MATEMATIK -KERTAS 2
MATEMATIK -KERTAS 1
SAINS

KHAMIS (15 MEI 2014)

BAHASA INGGERIS -KERTAS 1
BAHASA INGGERIS -KERTAS 2
BAHASA ARAB


SELAMAT MENJAWAB UJIAN 
DAN 
SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA MURID SK.PAYA

Jumaat, 2 Mei 2014

SINGGAH SEBENTAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA

MEDAN KU DAN RAKAN SEPERJUANGAN  MENCURAH BAKTI
  








SISTEM SURIA

PLANET -PLANET DI DALAM SISTEM SURIA 

1.terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus 
   dan Neptun. 

UTARID



Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. 

ZUHRAH

 
Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi.

BUMI
 
BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana
 kehidupan diketahui wujud. 


MARIKH


Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid.

MUSYTARI


Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.  

ZUHAL


Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. 

URANUS


Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada
 gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal.



NEPTUN

Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

PROSES HIDUP HAIWAN -SAINS THN 4

PROSES HIDUP HAIWAN

1.ORGAN PERNAFASAN HAIWAN: 

  • PEPARU
  • INSANG
  • SPIRAKEL
  • KULIT

2. CONTOH HAIWAN YANG BERNAFAS MELALUI PEPARU



3.CONTOH HAIWAN YANG BERNAFAS MELALUI KULIT LEMBAP



3.CONTOH HAIWAN YANG BERNAFAS MELALUI SPIRAKEL


4.CONTOH HAIWAN YANG BERNAFAS MELALUI  INSANG





FASA-FASA BULAN

1. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.
2. Semasa berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.
3. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke 

    semasa.
4. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang 
     memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan 
     beredar mengelilingi Bumi.
5. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.
    Fasa Bulan terdiri daripada:

    • Anak bulan
    •  Bulan sabit
    • Bulan separa
    • Bulan purnama / penuh
6.Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama
    ialah 29 ½ hari.

Kitar Semula,Guna Semula dan Mengurangkan (Recycle,Reuse and Reduce)




Bahan Buangan  dan masalah utama

1.Memerlukan tempat pelupusan yang luas.
2.Memerlukan kos yang tinggi untuk melupuskannya.
3.Membazirkan sumber asas bahan.
4.Sumber bahan dibumi adalah terhad.
5.Boleh mencemarkan alam sekitar


Bagaimana Menanganinya?

1.Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku kita mestilah memulihara
   sumber asli kita.
2.Terdapat 3 cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kita.

Kitar Semula ( Recycle).

1.Kitar Semula bermaksud memproses semula bahan buangan kepada bahan baru yang berguna.
2.Bahan yang boleh dikitar semula diperbuat daripada kayu, kaca,logam dan plastik.
3.Sampah yang hendak dibuang haruslah diasingkan mengikut jenis bahannya diperbuat sebelum dimasukkan    ke dalam tong kitar semula.
4.Contoh bahan yang boleh dikitar semula ialah surat khabar lama,buku-buku lama, majalah, kotak,tin susu,tin minuman,botol plastik, botol kaca dan sebagainya.

  
Guna Semula (Reuse).

1.Guna Semula bermaksud menggunakan semula bahan buangan bagi   tujuan  lain.
2.Kita perlu mengamalkan guna semula dengan menggunakan semula barang-barang yang telah digunakan.
3.Botol kaca dan tin aluminium boleh digunakan sebagai tempat alat tulis dan pasu bunga.
4.Bekas plastik pula boleh digunakan sebagai bekas mengisi biskut dan   tepung.
5.Tayar lama pua boleh dijadikan sebagai tempat buaian,pasu bunga dan papan tanda.

Mengurangkan (Reduce).

1.Mengurangkan bermaksud kita mengurangkan penggunaan bahan-bahan.
2.Sebagai contoh, membawa beg sendiri ke pasar raya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik.
3.Amalan mengurangkan penggunaan, guna semula dan kitar semula dapat menjadikan alam kitar lebih bersih dan selesa.

Kebaikan mengamalkan  Kitar Semula, Guna Semula dan Mengurangkan.

1.Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2.Mengelakkan pembaziran sumber dan bahan mentah.
3.Menjimatkan tenaga
4.Dapat tambah pendapatan
5.mengurangkan kesan rumah hijau

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...