Mesin
ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat
atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau
meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang,
Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa
mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin
kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’
ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.
Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :
• Tuas
• Takal
• Roda dan Gandar
• Satah Condong
• Baji
• Skru
• Gear
Ketujuh
– tujuh mesin ringkas ini tidak jauh beza antara satu sama lain. Takal,
Roda dan gandar dan gear, sebagai contoh, termasuk dalam jenis tuas, baji dan skru adalah dalam jenis satah condong.
1.Tuas adalah
mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak
pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga
bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat)
dan sebatang rod (kayu panjang).
Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.
Contoh – contoh tuas adalah seperti gunting, playar, pembuka botol, pemotong kertas, pemegang ais dan penyapu.
2.Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar dan tali.
Contoh
– contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal
membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.
Takal
terdiri daripada beberapa jenis seperti takal tetap atau takal yang
ditempatkan pada sesuatu. Dengan takal tetap, anda mengubah arah
pergerakan daya, tapi bukan pada daya yang diperlukan. Kemudian ada
takal bergerak.
Apabila
anda menggunakan takal bergerak yang mana jumlah daya yang diperlukan
akan dikurangkan. Kadang kala apabila set –set takal, atau takal
berganda atau disebut takal bergabung, digunakan untuk mengangkat objek –
objek yang berat.
3.Roda dan gandar adalah
mesin ringkas yang seterusnya. Gandar akan berputar apabila daya
dikenakan pada roda. Kereta, wagon dan peluncur beroda adalah contoh
roda dan gandar. Roda dan gandar menggerakkan objek dari satu tempat ke
tempat yang lain.
4.Gear adalah
mesin ringkas roda dan gandar yang diubahsuai. Gear merupakan mesin
ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.
Contoh peralatan yang menggunakan mesin ringkas gear ialah basikal, pemukul telur dan jam tangan mekanikal.
5.Satah condong ialah
mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu
bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu
objek.
Satah
condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya
yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke
ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui oleh sesuatu
objek.
Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan basikal, gelongsor, bukit, tangga escalator dan anak tangga.
6.Baji adalah
juga mesin ringkas. Baji adalah mesin yang membantu untuk menolak dua
objek berjauhan. Baji diperbuat kebanyakannya daripada dua satah
condong. Pisau, kapak, garpu dan paku adalah contoh – contoh mesin
ringkas baji.
7.Skru ialah
mesin ringkas yang mana satah condong yang mengelilingi sebatang rod.
Skru digunakan untuk menurunkan dan menaikkan objek dan memegang objek
bersama. Beberapa contoh skru ialah pengapit, tangga berpilin, alat
pemegang paip, penutup bekas dan bicu atau jek.
2 atau lebih mesin ringkas apabila bergabung untuk melaksanakan suatu kerja bersama dikenali sebagai mesin kompleks.
SUMBER DARI :
http://imzaroncikgusains.blogspot.my
TERIMA KASIH KEPADA CIKGU AZMI ATAS PERKONGSIAN ILMU DAN BAHAN UNTUK RUJUKAN SEMUA GURU DAN PELAJAR.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BUKU TEKS DIGITAL KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 ...
-
PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional Tidak dinafikan pasti ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini...
-
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).PAK-21menekank...
-
Daya · Tidak boleh dilihat tetapi kita boleh rasa dan lihat kesannya · Adalah tolakan dan tarikan Tolakan Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan