Isnin, 1 April 2019

KELAJUAN

(A) Apakah kelajuan?
  1. Kelajuan menunjukkan kepantasan sesuatu objek bergerak.
  2. Kelajuan ialah ukuran cepat atau lambat sesuatu objek yang bergerak dari suatu tempat   ke suatu tempat yang lain.
  3. Kelajuan melibatkan ukuran jarak dan masa sesuatu objek yang bergerak.
 (B) Unit Kelajuan
  1. Unit bagi  kelajuan ialah
    • sentimeter per saat (cm/s)
    • meter per saat (m/s)
    • kilometer per jam (km/j)
 (C) Hubungan antara Kelajuan, Jarak dan Masa
  1. Objek yang bergerak laju bergerak lebih jauh dalam masa yang ditetapkan.
    • Semakin bertambah kelajuan objek bergerak, semakin jauh jarak yang dilalui oleh objek itu dalam masa yang ditetapkan.
  2. Objek yang bergerak laju mengambil masa yang lebih singkat untuk sampai ke destinasinya.
    • Semakin bertambah kelajuan objek bergerak, semakin singkat masa yang diambil untuk objek itu sampai ke destinasi yang ditetapkan.
 (D) Mengira Kelajuan
  1.   Kelajuan dapat dikira dengan cara membahagikan jarak yang dilalui  kepada masa yang diambil.
  2.  Rumus kelajuan:  Kelajuan = Jarak / Masa 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...