Jumaat, 26 Julai 2019

ULANGKAJI PANTAS -PENGAWETAN MAKANAN #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

PENGAWETAN MAKANAN
  • Pengawetan makanan ialah proses untuk melambatkan makanan menjadi rosak. 
  • Proses pengawetan dilakukan untuk menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma supaya makanan tahan lebih lama. 


Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan
1.Proses Pengawetan menjadikan makanan dapat disimpan lebih lama. 
2.Memudahkan bekalan makanan dihantar ke kawasan yang mengalami bencana 
   seperti banjir dan gempa bumi 
3.Makanan mudah disimpan dan dipasarkan ke tempat lain 
4.Makanan dapat disimpan lebih lama dan dinikmati sepanjang masa 
5.Membolehkan buah-buahan bermusim dinikmati sepanjang tahun 
6.Mengelakkan pembaziran makanan



Kaedah Pengeringan

Kaedah Penjerukan

Kaedah Pelilinan

Kaedah Pembungkusan Vakum

Kaedah Pengasapan

Kaedah Pendidihan

Kaedah Pempasteuran

Kaedah Penyejukbekuan

Kaedah Penyejukan


Kaedah Pengasinan

Khamis, 4 Julai 2019

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK SAINS ANGKASA #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

PLANET -PLANET DI DALAM SISTEM SURIA 

1.Terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh,Musytari,Zuhal,Uranus dan Neptun. 


UTARID




Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. 


ZUHRAH



Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi.


BUMI


BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana
 kehidupan diketahui wujud. 



MARIKH




Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid.


MUSYTARI




Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.  


ZUHAL




Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. 

URANUS


Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada
 gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal.








NEPTUN

Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

Isnin, 1 Julai 2019

ULANGKAJI PANTAS -SOALAN UPSR SEBENAR 2016-2018 #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

📌KOLEKSI / HIMPUNAN SOALAN UPSR📌

📌Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2018
https://bit.ly/2JYeuAA
📌Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2017
https://bit.ly/2WHFeam
📌Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2016
https://bit.ly/2FH7R0k

semoga bermaafaat untuk semua pendidik, ibubapa dan para pelajar untuk persediaan menghadapi  upsr 2019

Bahan dikongsi dari:

Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2018 - GuruBesar.my

Terima kaseh atas perkongsian dari  https://gurubesar.my

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK FASA-FASA BULAN #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

FASA-FASA BULAN
1. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.
2. Semasa berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.
3. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke 

    semasa.
4. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang 
     memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan 
     beredar mengelilingi Bumi.
5. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.
    Fasa Bulan terdiri daripada:

    • Anak bulan
    •  Bulan sabit
    • Bulan separa
    • Bulan purnama / penuh
6.Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama
    ialah 29 ½ hari.

Khamis, 27 Jun 2019

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK TANAH #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

Picture

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK PENGARATAN #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

Picture

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK GIGI MANUSIA #MISI MEMBURU A SAINS UPSR


ULANGKAJI PANTAS -TOPIK TUMBUHAN /FOTOSINTESIS #MISI MEMBURU A SAINS UPSR


Picture

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK SIFAT KIMIA BAHAN #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

Picture

ULANGKAJI PANTAS #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2 -KPS

1.Apakah tujuan penyiasatan diatas ?

 Jawapan:
Untuk menyiasat hubungan di antara ___(PM)____dengan ____(PB)____


2.Apakah pemboleh ubah yang :...........

a) Dimanipulasikan :  (PM) APA YANG TAK SAMA / DI BEZAKAN

b) Bergerak balas:     (PB)  HASIL PENYIASATAN / KEPUTUSAN

c) Di malarkan :      (PUMA) APA YANG SAMA / SERUPA


3.Apakah pola /corak perubahan........

Jawapan:

 BERTAMBAH    ,   BERKURANG     ,    MALAR  /  TIDAK BERUBAH    ,
 BERTAMBAH KEMUDIAN BERKURANG


4.Nyatakan 2 maklumat yang dikumpul......

Jawapan :

a)   ____(PM)______
b) _____(PB)______

5. Apakah Pemerhatian.........

   PB _bertambah /berkurang

6.Berikan inferens (sebab).........

   kerana __(Jawapan mesti ada kaitan dengan pemerhatian yang dibuat )

7 .Apakah hubungan..........
  . Apakah hipotesis............
  .Apakah kesimpulan ........

Jawapan :

Semakin  bertambah  / berkurang    ( PM)
Semakin bertambah /   berkurang    ( PB )


atau

Jika (PM)  bertambah  / berkurang  
 Maka (PB) bertambah /   berkurang


JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2019








 

Sabtu, 20 April 2019

MENYIASAT DUNIA TEKNOLOGI - SAINS THN 6 ( TOPIK- MESIN RINGKAS )

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang,

Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :

 Tuas 

• Takal 

• Roda dan Gandar 

• Satah Condong 

• Baji 

• Skru 

• Gear 


Ketujuh – tujuh mesin ringkas ini tidak jauh beza antara satu sama lain. Takal, Roda dan gandar dan gear, sebagai contoh, termasuk dalam jenis tuas, baji dan skru adalah dalam jenis satah condong.

1.Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat) dan sebatang rod (kayu panjang). 


Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.


Contoh – contoh tuas adalah seperti gunting, playar, pembuka botol, pemotong kertas, pemegang ais dan penyapu.

2.Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar dan tali.

Contoh – contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.


Takal terdiri daripada beberapa jenis seperti takal tetap atau takal yang ditempatkan pada sesuatu. Dengan takal tetap, anda mengubah arah pergerakan daya, tapi bukan pada daya yang diperlukan. Kemudian ada takal bergerak.

Apabila anda menggunakan takal bergerak yang mana jumlah daya yang diperlukan akan dikurangkan. Kadang kala apabila set –set takal, atau takal berganda atau disebut takal bergabung, digunakan untuk mengangkat objek – objek yang berat.

3.Roda dan gandar adalah mesin ringkas yang seterusnya. Gandar akan berputar apabila daya dikenakan pada roda. Kereta, wagon dan peluncur beroda adalah contoh roda dan gandar. Roda dan gandar menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain. 


4.Gear adalah mesin ringkas roda dan gandar yang diubahsuai. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.

Contoh peralatan yang menggunakan mesin ringkas gear ialah basikal, pemukul telur dan jam tangan mekanikal.

5.Satah condong
 ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek.

Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui oleh sesuatu objek.

Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan basikal, gelongsor, bukit, tangga escalator dan anak tangga.

6.Baji adalah juga mesin ringkas. Baji adalah mesin yang membantu untuk menolak dua objek berjauhan. Baji diperbuat kebanyakannya daripada dua satah condong. Pisau, kapak, garpu dan paku adalah contoh – contoh mesin ringkas baji. 

7.Skru ialah mesin ringkas yang mana satah condong yang mengelilingi sebatang rod. Skru digunakan untuk menurunkan dan menaikkan objek dan memegang objek bersama. Beberapa contoh skru ialah pengapit, tangga berpilin, alat pemegang paip, penutup bekas dan bicu atau jek.

2 atau lebih mesin ringkas apabila bergabung untuk melaksanakan suatu kerja bersama dikenali sebagai mesin kompleks.



SUMBER DARI : 

http://imzaroncikgusains.blogspot.my


TERIMA KASIH KEPADA CIKGU AZMI ATAS PERKONGSIAN ILMU DAN BAHAN UNTUK RUJUKAN SEMUA GURU DAN PELAJAR.




MODUL PANDUAN PENGAJARAN GURU - SEMUA SUBJEK KSSR SEK REN (THN 1-THN 6) TERKINI

 

Berikut adalah modul untuk KSSR tahun 1 hingga tahun 6 yang dari laman web BPK. 
Bahan dikumpulkan dan diletakkan di Google Drive untuk memudahkan semua guru 
yang memerlukannya untuk rujukan.
 MODUL KSSR Tahun 1
MODUL KSSR Tahun 2
 MODUL KSSR Tahun 3
 MODUL KSSR Tahun 4
 MODUL KSSR Tahun 5
 MODUL KSSR Tahun 6
Di harap perkongsian bahan /modul ini dapat membantu  guru-guru untuk membuat 
persediaan rancangan pengajaran serta dapat menlaksanakan pdpc di dalam kelas
 dengan lebih menarik dan berkesan.

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...