Selasa, 29 April 2014

SOALAN BAHAGIAN A

 SOALAN BAHAGIAN A

  • MEMPUNYAI 30 SOALAN ANEKA PILIHAN
  • MURID – MURID PERLU BETUL SEKURANG – KURANGNYA 25 SOALAN DARIPADA 30 SOALAN
  • KEBIASAANNYA IA TERDIRI DARIPADA
    • 5 SOALAN MUDAH (ARAS 1)
    • 20 SOALAN SEDERHANA (ARAS 2)
    • 5 SOALAN SUKAR (ARAS 3)

ALAT TULIS DAN BARANG YANG PERLU DI BAWA SEMASA MENJAWAB SOALAN

  • PENSIL 2B
  • PEMADAM
  • PEMBARIS
  • DUIT SYILING 10 SEN  /  20 SEN / 50 SEN

Isnin, 28 April 2014

FENOMENA GERHANA BULAN DAN GERHANA MATAHARI

Gerhana Bulan, Gerhana Matahari

Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.


Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.





Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.



Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.

Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.



Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.

Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.

Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.

Gerhana Matahari penuh.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B

1.Apakah tujuan penyiasatan diatas ?

 Jawapan:
Untuk menyiasat hubungan di antara ___(PM)____dengan ____(PB)____


2.Apakah pemboleh ubah yang :.................

a) Dimanipulasikan :  (PM) APA YANG TAK SAMA / DI BEZAKAN

b) Bergerak balas:    (PB)  HASIL PENYIASATAN / KEPUTUSAN

c) Di malarkan :   (PUMA) APA YANG SAMA / SERUPA


3.Apakah pola /corak perubahan..............

Jawapan:

 BERTAMBAH    ,   BERKURANG     ,    MALAR  /  TIDAK BERUBAH    , BERTAMBAH KEMUDIAN BERKURANG


4.Nyatakan 2 maklumat yang dikumpul......

Jawapan :

a)   ____(PM)______
b) _____(PB)______


5 .Apakah hubungan................
  . Apakah hipotesis...................
  .Apakah kesimpulan ..............

Jawapan :

Semakin  bertambah  / berkurang    ( PM)
Semakin bertambah /   berkurang    ( PB )


note :

PM ialah pemboleh ubah dimanipulasikan. Ada sesetengah guru menggunakan simbol PM, WTC, TC.
PB ialah pemboleh ubah bergerak balas. Ada sesetengah guru menggunakan simbol PB, WTO, TO.

PUMA ialah pemboleh ubah yang dimalarkan .Ada guru menggunakan simbol PUMA ,WKTS




KEMAHIRAN MANIPULATIF SAINS

Kemahiran Manipulatif Sains

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor
dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid
melakukan perkara yang berikut:

1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan
sains dengan betul.

2. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.

3.Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

4. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

5. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan
tepat.

6. Menyimpan peralatan Sains di tempat yg betul.

Ahad, 27 April 2014

KALENDAR DAN TARIKH CUTI UMUM 2014

Kalendar dan Tarikh Cuti Umum 2014 Malaysia. Hari Kelepasan Am 2014Kalendar Tahun 2014 dan Tarikh Cuti Umum. Takwim Cuti dan Senarai Cuti Umum 2014. Malaysia 2014 Public Holidays. Malaysia 2014 Calendar. Jadual Cuti Umum dan Hari Kelepasan Am 2014 Malaysia dan SingapuraKalendar 2014

Kalender 2014 Malaysia
Kalender 2014 Malaysia


Kalendar dan Tarikh Cuti Umum 2014 Malaysia
Kalendar dan Jadual Cuti Umum 2014 Malaysia

Malaysia 2014 Public Holidays  Malaysia 2014 Calendar
Hari Kelepasan Am 2014

Hari Kelepasan Am Malaysia 2014

Kalendar Cuti Umum 2014 dan Tarikh Cuti-Cuti Malaysia 2014 diulang siar dari laman BumigemilangKalendar dan Jadual Cuti Umum 2014 Malaysia #Cuti2014 Cuti 2014 Malaysia, Kalendar Tahun 2014, Tarikh Cuti Malaysia 2014, Takwim Cuti 2014, Kelepasan Am 2014. Cuti Umum 2014 – Tertakluk kepada perubahan

Tarikh Cuti Umum dan Senarai Hari Kelepasan Am Malaysia 2014

Tarikh
Perkara
Negeri Terlibat
1 January
Wednesday
New YearAll states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
TBAYang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
TBASultan of Kedah’s BirthdayKedah only
TBAThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
14 January
Tuesday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
31 January
Friday
Chinese New YearNationwide
1 February
Saturday
Chinese New Year (2nd Day)All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Saturday
Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
TBAAnniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
TBADeclaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
TBASultan of Perak’s BirthdayPerak only
TBAGood FridaySabah & Sarawak only
1 May
Thursday
Labour DayNationwide
TBAHari Hol PahangPahang only
TBAWesak DayNationwide
TBARaja Perlis’ BirthdayPerlis only
30- 31 May
Fri & Sat
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Sun & Mon
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
7 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
TBAIsrak & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Monday
Georgetown Heritage DayPenang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
TBAPenang Governor’s BirthdayPenang only
TBASultan of Trengganu’s BirthdayTrengganu only
TBAAwal RamadanJohor, Kedah & Malacca only
TBANuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
29 & 30 July
Tue & Wed
Hari Raya Puasa *Nationwide
31 August
Sunday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
TBASarawak Governor’s BirthdaySarawak Only
16 September
Tuesday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
TBAMalacca Governor’s BirthdayMalacca only
TBASultan of Pahang’s BirthdayPahang only
5 October
Sunday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
6 October
Monday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
22 November
Saturday
Sultan of Johor’s BirthdayJohor only
23 October
Thursday
Deepavali or DiwaliNationwide
25 October
Saturday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
11 November
Friday
Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
TBASultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
25 December
Thursday
ChristmasNationwide
Cuti Umum 2014 – Tertakluk kepada perubahan

Sumber: Kalendar dan Tarikh Cuti Umum 2014 Malaysia http://www.hootoh.my/2013/09/kalendar-dan-tarikh-cuti-umum-2014.html#ixzz309Tovens
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook

PERATURAN MAKMAL SAINS

Peraturan Makmal Sekolah Kebangsaan Paya, 02400 Beseri , Perlis
1.Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran guru.

2.Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal.

3.Murid dilarang menjalankan eksperimen tanpa kehadiran guru.

4.Sebarang alat atau bahan dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar dari makmal.

5.Murid perlu menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

6.Sisa-sisa eksperimen mestilah dibuang ke dalam tong sampah.

7.Dilarang membuang sisa-sisa sampah ke dalam singki.

8.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan atau kerosakan sila laporkan dengan segera kepada guru.

9. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.

10. Langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi setiap masa.

11.Pastikan makmal sentiasa dalam keadaan bersih & kemas.

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Definisi Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.

Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains? 

Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini.


 Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri 

Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada: 


* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...