Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).PAK-21menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.
1. Round Table
• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen
dan kertas yang sama.
• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat
• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu
atau kumpulan).
• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
• 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklemasi Sajak / Nyanyian
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut
kreativiti dan kesesuaian.
• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri
• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan
hasil dapatan.
• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
•Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada
sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay
• Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
• Hasil kerja ditampal.
• Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan
dipersembahkan dalam bentuk grafik.

Sumber: http://jpnperak.moe.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan