Jumaat, 26 Julai 2019

ULANGKAJI PANTAS -PENGAWETAN MAKANAN #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

PENGAWETAN MAKANAN
  • Pengawetan makanan ialah proses untuk melambatkan makanan menjadi rosak. 
  • Proses pengawetan dilakukan untuk menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma supaya makanan tahan lebih lama. 


Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan
1.Proses Pengawetan menjadikan makanan dapat disimpan lebih lama. 
2.Memudahkan bekalan makanan dihantar ke kawasan yang mengalami bencana 
   seperti banjir dan gempa bumi 
3.Makanan mudah disimpan dan dipasarkan ke tempat lain 
4.Makanan dapat disimpan lebih lama dan dinikmati sepanjang masa 
5.Membolehkan buah-buahan bermusim dinikmati sepanjang tahun 
6.Mengelakkan pembaziran makanan



Kaedah Pengeringan

Kaedah Penjerukan

Kaedah Pelilinan

Kaedah Pembungkusan Vakum

Kaedah Pengasapan

Kaedah Pendidihan

Kaedah Pempasteuran

Kaedah Penyejukbekuan

Kaedah Penyejukan


Kaedah Pengasinan

Khamis, 4 Julai 2019

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK SAINS ANGKASA #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

PLANET -PLANET DI DALAM SISTEM SURIA 

1.Terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh,Musytari,Zuhal,Uranus dan Neptun. 


UTARID




Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. 


ZUHRAH



Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi.


BUMI


BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana
 kehidupan diketahui wujud. 



MARIKH




Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid.


MUSYTARI




Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.  


ZUHAL




Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. 

URANUS


Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada
 gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal.








NEPTUN

Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

Isnin, 1 Julai 2019

ULANGKAJI PANTAS -SOALAN UPSR SEBENAR 2016-2018 #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

📌KOLEKSI / HIMPUNAN SOALAN UPSR📌

📌Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2018
https://bit.ly/2JYeuAA
📌Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2017
https://bit.ly/2WHFeam
📌Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2016
https://bit.ly/2FH7R0k

semoga bermaafaat untuk semua pendidik, ibubapa dan para pelajar untuk persediaan menghadapi  upsr 2019

Bahan dikongsi dari:

Koleksi Soalan UPSR Sebenar 2018 - GuruBesar.my

Terima kaseh atas perkongsian dari  https://gurubesar.my

ULANGKAJI PANTAS -TOPIK FASA-FASA BULAN #MISI MEMBURU A SAINS UPSR

FASA-FASA BULAN
1. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.
2. Semasa berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.
3. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke 

    semasa.
4. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang 
     memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan 
     beredar mengelilingi Bumi.
5. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.
    Fasa Bulan terdiri daripada:

    • Anak bulan
    •  Bulan sabit
    • Bulan separa
    • Bulan purnama / penuh
6.Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama
    ialah 29 ½ hari.

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...