Khamis, 27 Disember 2018
RPT KSSR TAHUN 1 - 6 ( SESI 2019 )
Himpunan RPT KSSR Tahun 1 2019
Himpunan RPT KSSR Tahun 2 2019
-
Himpunan RPT KSSR Tahun 3 2019
-
Himpunan RPT KSSR Tahun 4 2019
-
Himpunan RPT KSSR Tahun 5 2019
-
Himpunan RPT KSSR Tahun 6 2019
Sumber dari http://t.me/gurubesar7
Terima kaseh Admin
http://t.me/gurubesar7
🔆 SILAKAN SHARE
👍 Semoga Bermaafaat untuk semua guru
👍Join di Telegram : t.me/gurubesar7
Selasa, 10 April 2018
PROSES HIDUP TUMBUHAN
Fotosintesis
(C) Hasil Fotosintesis
- Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri.
- Proses fotosintesis memerlukan cahaya Matahari, karbon dioksida, air dan klorofil.
(C) Hasil Fotosintesis
- Tumbuhan menggunakan tenaga daripada matahari untuk menukar air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen.
- Kanji membekalkan tenaga kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, pengeluaran bunga, buah dan biji benih.
- Oksigen dibebaskan ke persekitaran melalui liang halus pada daun.
- Rumus fotosintesis:
(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain
(D)Fotosintesis dan Hidupan Lain
- Tumbuhan membebaskan oksigen kepada manusia dan haiwan untuk bernafas.
- Tumbuhan membekalkan sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
FENOMENA GERHANA BULAN DAN GERHANA MATAHARI
Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebaris pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebaris pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
Gerhana Matahari penuh.
ULANGKAJI PANTAS TOPIK BURUJ # MISI MEMBURU A SAINS UPSR
Apakah Buruj ?
- Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
- Buruj kelihatan seperti bintang-bintang yang membentuk corak-corak yang menarik di langit pada waktu malam.
- Corak-corak ini hanya terbentuk apabila kita melihatnya di Bumi
- Secara semula jadinya, corak-corak tersebut tidak wujud di ruang angkasa.
Jenis-jenis buruj
Buruj Belantik merupakan salah satu buruj yang paling menonjol di langit pada waktu malam. Belantik membentuk corak seperti seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung sebilah pedang. Buruj Belantik muncul di langit pada waktu malam
di antara hemisfera utara dan selatan.
Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil dan senang dikenali pasti dilihat pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan ia terdiri daripada gugusan empat bintang yang tersusun berbentuk corak seperti layang-layang.
Buruj Biduk ialah gugusan tujuh bintang. Buruj ini membentuk corak seperti gayung atau senduk dengan tangkainya. Biduk muncul dilangit ada waktu malam di sebelah hemisfera utara.
Buruj Skorpio ialah gugusan bintang yang membentuk corak seperti seekor kala jengking.Buruj Skorpio muncul di langit pada waktu malam di sebelah hemisfera selatan.
KEGUNAAN BURUJ
- Buruj Biduk : Untuk menunjukkan arah utara dan musim menanam
- Buruj Pari : Untuk menunjukkan arah selatan.
- Buruj Belantik : Untuk menunjukkan arah utara.
- Buruj Skorpio : Untuk menunjukkan musim menuai.
Sabtu, 17 Mac 2018
CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK-21)
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).PAK-21menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.
1. Round Table
• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen
dan kertas yang sama.
• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.
3. Hot Seat
• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu
atau kumpulan).
• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
• 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklemasi Sajak / Nyanyian
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut
kreativiti dan kesesuaian.
• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut
kreativiti dan kesesuaian.
• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. Pembentangan Hasil Sendiri
• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan
hasil dapatan.
• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan
hasil dapatan.
• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
6. Role-Play
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
• Murid diberi peranan dan watak.
• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. Gallery Walk
• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
•Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada
sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay
• Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
• Hasil kerja ditampal.
• Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan
dipersembahkan dalam bentuk grafik.
• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan
dipersembahkan dalam bentuk grafik.
Sumber: http://jpnperak.moe.gov.my
Rabu, 7 Mac 2018
KIT PAK -21
KIT PENERANGAN PEMBELAJARAN ABAD KE - 21
SUMBER :
Langgan:
Catatan (Atom)
BUKU TEKS DIGITAL KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 ...
-
PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional Tidak dinafikan pasti ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini...
-
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).PAK-21menekank...
-
Daya · Tidak boleh dilihat tetapi kita boleh rasa dan lihat kesannya · Adalah tolakan dan tarikan Tolakan Me...