Jumaat, 27 Oktober 2017

Seronoknya belajar sains......

Tip dan Petua Seronok belajar Sains

Di sini terdapat beberapa tips atau perkara yang membolehkan murid memberi lebih tumpuan dan merasai keseronokan sewaktu melakukan amali sains;


Sebelum melakukan sesuatu aktiviti Sains:

 Murid perlu membuat rujukan dahulu tentang topik berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Dengan membuat rujukan, murid akan lebih bersedia dan teruja untuk melakukan eksperimen berbanding dengan murid yang tidak tahu dan tidak bersedia dengan apa yang akan dilakukan.


Sewaktu di dalam makmal:

Murid seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada arahan guru sebelum melakukan eksperimen. Dengan ini, murid akan lebih faham dan melakukan eksperimen dengan lancar. Murid harus membaca objektif eksperimen yang dijalankan berulangkali. Ia membantu murid untuk lebih fokus ketika menjalankan eksperimen.


 Ketika eksperimen Sains dijalankan:

Beri tumpuan sepenuhnya dan jangan bergurau senda atau bercakap-cakap dengan rakan sekelas. Jika terdapat sebarang keraguan, hendaklah dirujuk kepada guru. Timbulkan rasa seronok dan sifat ingin tahu ketika melakukan eksperimen.


Setelah  melakukan eksperimen:

 Pemerhatian harus dibuat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar. Seterusnya cuba fikirkan dan kaitkan dengan teori mengapa terjadinya demikian. Keputusan atau data eksperimen hendaklah dicatatkan dengan jujur tanpa mengubahnya. Ini penting untuk mencapai kepuasan murid membuat eksperimen.


Murid-murid seharusnya mengikuti langkah-langkah di atas bagi menanamkan rasa seronok mempelajari matapelajaran sains. Sains itu mudah, sains itu menarik, sains itu melambangkan kejayaan manusia menerokai dan mengenali fenomena harian yang berlaku pada diri kita. Selamat mencuba!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...