Jumaat, 27 Oktober 2017

CONTOH RPH ABAD 21


Selaras dengan penekanan terhadap Pembelajaran Abad 21, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga kini berlaku sedikit penambahan, yang mana perubahan ini sebagai sokongan untuk membuktikan kita melaksanakan PdPc Abad 21.
Memang tedapat banyak versi RPH, dan berbeza pula mengikut subjek masing-masing, RPH Abad 21 Pendidikan Islam mungkin tidak sama dengan RPH Abad 21 Matematik, Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu .
Namun antara elemen yang wajib ada ialah Standard Kandungan, Objektif, BBM dan Aktiviti yang dijalankan.
RPH ABAD 21
Kemudian beberapa butiran lain seperti, Elemen Merentas Kurikulum, TMK, KBAT dan Nilai. Ada juga yang menambah lagi Strategi PdP Abad 21, Peta Pemikiran i-Think, dan pentaksiran. Wah macam-macam dan ada dalam 1 RPH.
Sekarang satu muka surat belum tentu lagi cukup, kalau dulu 1 muka surat boleh muat 3 tajuk.
Walau macam manapun cara anda menulis atau menaip RPH Abad 21, perbezaan itu tidak bermaksud anda salah dan ini betul. Mungkin anda boleh bincang dengan Panitia masing-masing selaraskan bagaimana untuk menulis RPH Abad 21 mengikut format yang anda persetujui.
Mungkin ada yang tidak berminat untuk tulis panjang-panjang, yang penting objektif tercapai, ada juga yang suka untuk Complete, lengkap semua nak isi. Terpulanglah pada panitia anda dan buat perbincangan dan capai persetujuan.

Antara perkara yang perlu ada dalam RPH Abad 21 ialah:
Mata Pelajaran
Tarikh/Hari
Bidang Pembelajaran
Objektif/Kriteria Kejayaan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
ABM/BBM
Elemen Merentas Kurikulum
Tahap Pemikiran
Peta Pemikiran i-Think
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Tahap Penguasaan
Penilaian
Refleksi
(Mungkin ada yang menambah item-item lain lagi, bergantung kepada kesesuaian anda)
Contoh RPH boleh dilihat di bawah:
RPH Abad 21
Kepada yang ingin melihat koleksi RPH Abad 21 boleh Muat Turun di sini:
Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u

Borang Penskoran Standard 4: PDPC


Borang Penskoran Standard 4: Pembelajaran dan PemudahcaraanStandard 4 baru



Di dalam SKPMg2 Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Berikut adalah Borang Standard 4, iaitu intrumens penilaian bagi PdPc guru. Boleh MUAT TURUN versi PDF pada pautan di bawah.
Standard 4

Standard 4
Pelbagai kriteria yang dinilai oleh penilai.
  • Guru sebagai perancang.
  • Guru sebagai pengawal.
  • Guru sebagai pembimbing.
  • Guru sebagai pendorong.
  • Guru sebagai penilai.
  • Murid sebagai pembelajar aktif.
Guru sebagai perancang bermaksud guru mempunyai perancangan dalam melaksanakan pdpc. Ia sebenarnya adalah apa yang telah ditulis di dalam RPH.
Guru sebagai pengawal pula merupakan elemen penting, guru bertanggungjawab mengelola kelas dengan aktiviti yang telah disusun.
Cara guru menguruskan murid di dalam kelas juga akan dilihat dalam Standard 4 SKPMG2 ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u




SENARAI LAMAN WEB APLIKASI KPM

www.moe.gov.my

1. MODUL PENGURUSAN MURID (APDM) : apdm.moe.gov.my
2. ePangkat: epangkat.moe.gov.my
3. SSDM : ssdm.moe.gov.my
4. MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (EMiS): emisonline.moe.gov.my
5. MODUL PENGURUSAN GURU (eOperasi) : eoperasi.moe.gov.my
6. egTukar: epgo.moe.gov.my
7. SISTEM APLIKASI PEPERIKSAAN (SAPS): https://sapsnkra.moe.gov.my
8. Single sign on (SSO) : sps1.moe.gov.my/indexsso.php

9. Penyata Gaji: www.anm.gov.my
10. Pendaftaran tahun satu:
public.moe.gov.my
11. PENARAFAN KESELAMATAN (SPKS): spks.moe.gov.my
12. EgHrmis: hrmis2.eghrmis.gov.my
13. ekasih: ekasih.icu.gov.my
14. eNazir SKPM 2010: enazir.moe.gov.my
15. NKRA: nkra.moe.gov.my
16. Sistem pelaporan disiplin ePIDP: pidp.moe.gov.my
17. ePrestasi: eprestasi.moe.gov.my
18. esplkpm latihan guru : splkpm.moe.gov.my
19. Frog Vle: 1bestarinet.net
20. Pendidik2u : www.pendidik2u.my

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u

Seronoknya belajar sains......

Tip dan Petua Seronok belajar Sains

Di sini terdapat beberapa tips atau perkara yang membolehkan murid memberi lebih tumpuan dan merasai keseronokan sewaktu melakukan amali sains;


Sebelum melakukan sesuatu aktiviti Sains:

 Murid perlu membuat rujukan dahulu tentang topik berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Dengan membuat rujukan, murid akan lebih bersedia dan teruja untuk melakukan eksperimen berbanding dengan murid yang tidak tahu dan tidak bersedia dengan apa yang akan dilakukan.


Sewaktu di dalam makmal:

Murid seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada arahan guru sebelum melakukan eksperimen. Dengan ini, murid akan lebih faham dan melakukan eksperimen dengan lancar. Murid harus membaca objektif eksperimen yang dijalankan berulangkali. Ia membantu murid untuk lebih fokus ketika menjalankan eksperimen.


 Ketika eksperimen Sains dijalankan:

Beri tumpuan sepenuhnya dan jangan bergurau senda atau bercakap-cakap dengan rakan sekelas. Jika terdapat sebarang keraguan, hendaklah dirujuk kepada guru. Timbulkan rasa seronok dan sifat ingin tahu ketika melakukan eksperimen.


Setelah  melakukan eksperimen:

 Pemerhatian harus dibuat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar. Seterusnya cuba fikirkan dan kaitkan dengan teori mengapa terjadinya demikian. Keputusan atau data eksperimen hendaklah dicatatkan dengan jujur tanpa mengubahnya. Ini penting untuk mencapai kepuasan murid membuat eksperimen.


Murid-murid seharusnya mengikuti langkah-langkah di atas bagi menanamkan rasa seronok mempelajari matapelajaran sains. Sains itu mudah, sains itu menarik, sains itu melambangkan kejayaan manusia menerokai dan mengenali fenomena harian yang berlaku pada diri kita. Selamat mencuba!




BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...