Langkah-langkah Keselamatan Bilik Sains
Semua murid perlu mengetahui serta mengikuti
langkah-langkah keselamatan ketika berada di dalam
bilik sains untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang
perkara yang tidak diingini.
Berikut adalah langkah-langkah keselamatan ketika berada
di dalam bilik sains:
- Jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia tanpa kebenaran dan arahan guru.
- Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku, perlu dilapor kepada guru dengan segera.
- Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang bahan kimia.
- Bahan kimia pepejal mestilah dikendalikan dengan menggunakan spatula atau sudu.
- Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas menjalankan sebarang eksperimen.
- Nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik apiatau mancis. Jangan sesekali menggunakan kertas.
- Batang mancis yang bernyala mesti dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
- Jauhkan sebarang bahan yang mudah terbakar daripada sumber api.
- Bagi pelajar perempuan, ikat rambut yang panjang bagi mengelakkannya daripada terkena api.
- Semasa memanaskan bahan kimia di dalam tabung uji, jangan halakan mulut tabung uji tersebut kearah diri sendiri atau rakan-rakan.
- Pakai gogal (goggles) untuk melindungi mata dan sarung tangan untuk melindungi tangan semasa menjalankan eksperimen yang berbahaya.
- Pakai kot bilik sains (lab coat) untuk melindungi pakaian dan badan.
- Pakai kasut untuk melindungi kaki.
- Pakai sarung tangan atau gunakan penyepit untuk memegang sebarang bekas yang panas.
- Tutup pili gas (gas taps) dan suis elektrik selepas digunakan.
- Jangan sentuh suis elektrik dengan keadaan tangan yang basah.
- Gunakan berus dan penyodok untuk membersihkan serpihan kaca daripada radas yang pecah.
- Keadaan dan ruang di bilik sains mestilah bebas daripada sebarang penghalang bagi mengelakkan kaki tersangkut semasa berjalan.
- Semua murid mestilah memastikan bilik sains tidak penuh sesak pada setiap masa supaya tidak menjejaskan lalu lintasjika berlakunya kecemasan.
- Semua murid mestilah mengetahui kedudukan pintu keluar kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan