Rabu, 19 Ogos 2020

E-BUKU TEKS

 

Himpunan seluruh buku teks digital yang dikeluarkan oleh KPM untuk KSSR dan KSSM   

                                     
🌑Himpunan Buku Teks Digital KSSR

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                                    
https://bit.ly/2IOU6BF
📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 2                                    
https://bit.ly/2XuvOjD
📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 3                                    
https://bit.ly/2EtNe78 
📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 4                                    
https://bit.ly/2GYsat2
📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 5                                    
https://bit.ly/2XBCnAI
📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 6                                  
https://bit.ly/2GVtzRo

MENYIASAT DUNIA TEKNOLOGI - SAINS THN 6 ( TOPIK- MESIN RINGKAS )

  

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang,


Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori :

 Tuas 

• Takal 

• Roda dan Gandar 

• Satah Condong 

• Baji 

• Skru 

• Gear 


Ketujuh – tujuh mesin ringkas ini tidak jauh beza antara satu sama lain. Takal, Roda dan gandar dan gear, sebagai contoh, termasuk dalam jenis tuas, baji dan skru adalah dalam jenis satah condong.

1.Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat) dan sebatang rod (kayu panjang). 


Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga.


Contoh – contoh tuas adalah seperti gunting, playar, pembuka botol, pemotong kertas, pemegang ais dan penyapu.

2.Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada gandar dan tali.

Contoh – contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.


Takal terdiri daripada beberapa jenis seperti takal tetap atau takal yang ditempatkan pada sesuatu. Dengan takal tetap, anda mengubah arah pergerakan daya, tapi bukan pada daya yang diperlukan. Kemudian ada takal bergerak.

Apabila anda menggunakan takal bergerak yang mana jumlah daya yang diperlukan akan dikurangkan. Kadang kala apabila set –set takal, atau takal berganda atau disebut takal bergabung, digunakan untuk mengangkat objek – objek yang berat.

3.Roda dan gandar adalah mesin ringkas yang seterusnya. Gandar akan berputar apabila daya dikenakan pada roda. Kereta, wagon dan peluncur beroda adalah contoh roda dan gandar. Roda dan gandar menggerakkan objek dari satu tempat ke tempat yang lain. 


4.Gear adalah mesin ringkas roda dan gandar yang diubahsuai. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.

Contoh peralatan yang menggunakan mesin ringkas gear ialah basikal, pemukul telur dan jam tangan mekanikal.

5.Satah condong
 ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek.

Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari satu ketinggian ke ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang dilalui oleh sesuatu objek.

Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan basikal, gelongsor, bukit, tangga escalator dan anak tangga.

6.Baji adalah juga mesin ringkas. Baji adalah mesin yang membantu untuk menolak dua objek berjauhan. Baji diperbuat kebanyakannya daripada dua satah condong. Pisau, kapak, garpu dan paku adalah contoh – contoh mesin ringkas baji. 

7.Skru ialah mesin ringkas yang mana satah condong yang mengelilingi sebatang rod. Skru digunakan untuk menurunkan dan menaikkan objek dan memegang objek bersama. Beberapa contoh skru ialah pengapit, tangga berpilin, alat pemegang paip, penutup bekas dan bicu atau jek.

2 atau lebih mesin ringkas apabila bergabung untuk melaksanakan suatu kerja bersama dikenali sebagai mesin kompleks.



SUMBER DARI : 

http://imzaroncikgusains.blogspot.my


TERIMA KASIH KEPADA CIKGU AZMI ATAS PERKONGSIAN ILMU DAN BAHAN UNTUK RUJUKAN SEMUA GURU DAN PELAJAR.

PBD

 

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

1. Apakah PBD?

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?

  • PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?

  • PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
  • PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?

  • Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
  • Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

5. Mengapa PBD penting?

  • PBD dapat membantu guru dalam:
  1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
  3. Mengetahui keberkesanan pengajaran
  4. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
  5. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

6. Bagaimana PBD dilaksanakan?

  • PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
  1. Pemerhatian
  2. Penulisan
  3. Lisan
  • Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?

  • Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD dilaporkan?

  • Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang         dilaksanakan?

  • Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?

  • Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
  1. Pengetua/Guru Besar
  2. Penolong Kanan Pentadbiran
  3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  4. Penolong Kanan Ko Kurikulum
  5. Penolong Kanan Petang
  6. Penolong Kanan Pendidikan Khas
  7. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
  8. Ketua Panitia
  9. Guru Cemerlang
  10. Jurulatih Utama
  11. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?

  • Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?

13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?

  • Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid dalam PBD?

  • Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?

  • Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.
  • Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat pelaporan yang baharu akan dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan PBD?

  • PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?

  • Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.

BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...