Selasa, 12 Februari 2019

TIPS CEMERLANG SAINS


tips CEMERLANG SAINS - UPSR


1.niat dalam hati “ saya belajar dan menuntut ilmu kerana Allah swt”.

2.Murid perlu ( Wajib) membaca , menguasai  dan faham semua topik sains tahun 3 hingga 6.

3.Murid perlu buat  jadual waktu belajar sendiri di rumah.

4.Murid perlu sentiasa memberi perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas.

5.Murid perlu menguasai semua topik sains dari tahun 3 hingga topik tahun 6 Sains ,kerana itu yang akan di uji dalam peperiksaan upsr nanti.
6.Membuat latih tubi soalan objektif –kertas 1 (aneka Pilihan) dan soalan subjektif –kertas 2  ( ibubapa bantu dan pantau di rumah.)

7. Murid perlu menguasai teknik untuk menjawab soalan (kertas 2)  - kps seperti menyatakan tujuan, corak/pola , meramal dan mengawal pemboleh ubah , membuat hipotesis dan kesimpulan ,melakar jadual ,graf,

8.latih tubi soalan kbat  -dengan bimbingan guru di dalam kelas

9.Jangan ponteng sekolah  dan kelas tambahan –kecuali jika sakit atau sebab sebab yang munasabah.

10.Membuat semua latihan yang diberi guru

11.Study group - dengan bimbingan guru

12.Solat 5 waktu ,berdoa dan tawakal kepada Allah , hormati guru dan hormati dan taat kepada ibubapa

13.murid boleh layari https://cikgurizalpaya.blogspot.com untuk mendapatkan semua bahan rujukan /soalan / nota  / teknik menjawab soalan sains upsr  


Setiap Kejayaan yang cemerlang , memerlukan pengorbanan  dan usaha yang gigih

TAKWIN PEPERIKSAAN UPSR 2019


BUKU TEKS DIGITAL KSSR

                                         Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                               ...