Rabu, 16 Ogos 2017
Selasa, 15 Ogos 2017
PETUA CEMERLANG UPSR 2017
TIPS SERTA PETUA - PELAJAR CEMERLANG UPSR
1.
Gunakan pensel 2B
sebenar, dan bukan pensil mekanikal untuk menjawab soalan. Kalau boleh,
sediakan pensel 2B yang berkualiti terbaik, atau exam grade. Kadang tulisan tak
berapa jelas dan akan menyukar pegawai pemeriksa kertas.
2.
Haramkan terus
penggunaan pensil mekanikal, kerana penggunaan pensil ini akan buang masa
anak-anak ketika menjawab soalan. Apabila mata pensil mekanikal habis, ia akan
bazirkan masa jawab peperiksaan semata-mata untuk masukkan isi dakwat pensil
mekanikal tersebut.
3.
Latih pelajar untuk
menulis dengan tulisan yang jelas dan terang. Jika tulisan tidak cantik, sukar
dibaca, tidak terang dan tunggang-langgang, kesannya akan menyebabkan pemeriksa
sukar nak baca jawapan yang ditulis. Jika pemeriksa tidak faham, kemungkinan
pelajar akan kehilangan markah yang berharga.
4.
Untuk kertas I sains
i. Baca dan fahami soalan
ii.Gariskan kata kunci pada soalan
iii.Buang atau potong jawapan penganggu / jawapan yang salah
iv.Pilih jawapan yang paling tepat
v. Pindahkan dan hitam jawapan yang betul ke dalam kertas jawapan - OMR
Untuk kertas II sains, ada kata kunci tertentu yang memberikan markah. Pastikan anak-anak berlatih menjawab soalan sains menggunakan kata kunci ini, dan menulisnya dengan baik.
i. Baca dan fahami soalan
ii.Gariskan kata kunci pada soalan
iii.Buang atau potong jawapan penganggu / jawapan yang salah
iv.Pilih jawapan yang paling tepat
v. Pindahkan dan hitam jawapan yang betul ke dalam kertas jawapan - OMR
Untuk kertas II sains, ada kata kunci tertentu yang memberikan markah. Pastikan anak-anak berlatih menjawab soalan sains menggunakan kata kunci ini, dan menulisnya dengan baik.
5.
Gunakan pemadam yang
berkualiti terbaik, kerana ada pelajar yang memadam satu-satu kesalahan
sehingga mengoyakkan kertas. Cara padam yang tidak betul juga akan membuatkan
kertas jawapan jadi comot. Pemeriksa kertas soalan/jawapan juga seorang
manusia, dan pastinya mereka lebih senang memeriksa kertas yang kemas dan tidak
comot.
6.
Pelajar-pelajar atau
calon UPSR perlu dilengkapkan dengan set alat tulis yang lengkap. Sila semak
set kelengkapan ini setiap hari sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
7.
Latih anak-anak untuk
melihat masa. Masa adalah 'killer'. Latih anak-anak untuk menjawab soalan
mengikut masa yang ditetapkan. Kata cikgu sekolah, ramai pelajar yang tidak
tahu membahagi masa menjawab soalan lalu menyebabkan banyak soalan tidak
terjawab di dalam masa yang ditetapkan.
8.
Mengikut info yang
diberikan oleh cikgu, turutan soalan adalah berkaitan antara satu sama lain.
Maka, anak-anak perlu faham soalan dengan baik. Soalan kedua dan seterusnya
akan mudah dijawab andai soalan pertama dijawab dengan betul dan tepat (dalam
set soalan yang diberikan).
9.
Sila hadir ke sekolah
setiap hari tanpa ponteng. Setiap hari akan ada maklumat dan tips penting
mengenai peperiksaan UPSR yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru seluruh
Malaysia.
10.
Dalam peperiksaan Bahasa
Malaysia, pelajar perlu pastikan bahawa tanda-tanda seperti noktah, sengkang,
tanda seruan, tanda soal dan sebagainya ditulis dengan terang dan jelas.
Tanda-tanda ini penting bagi memastikan jawapan yang diberikan itu betul,
tepat, jelas maksudnya.
11.
Untuk soalan matematik,
pelajar perlu menggunakan daya penyelesaian masalah. Jangan berfikir terlalu
lama untuk mendapatkan penyelesaian. Lihat pada kata kunci soalan, contohnya -
bakinya, perbezaannya, cari jumlahnya, berapa puratanya, untung, rugi, diskaun.
Fikirkan jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.
12.
Pastikan pelajar
menggunakan tanda, titik perpuluhan, dengan betul. Tulis dengan jelas dan
terang. Kesilapan tertinggal titik perpuluhan boleh menyebabkan jawapan yang
diberikan adalah salah, walaupun cara kira adalah betul!
13.
Untuk soalan matematik
yang melibatkan unit seperti kg, gram, meter, centimeter, minit, jam dan
sebagainya; pastikan ia ditukar kepada unit yang dimahukan dalam soalan. Jangan
lupa meletakkan unit-unit ini dalam jalan kira-kira penyelesaian masalah serta
paling penting, ia mesti diletakkan pada jawapan akhir.
14.
Tulis jawapan dengan
jarak perkataan atau nombor yang sesuai. Jika terlalu jarak, ia akan
menyebabkan ruang untuk menjawab soalan tidak cukup. Apabila ini berlaku,
kemungkinan jawapan diberikan tidak berapa jelas di mata pemeriksa. Pelajar
mungkin diberikan markah kosong atau markah penuh jawapan akan dipotong kerana
masalah ini.
15.
Sebelum peperiksaan,
ketatkan jadual ulangkaji. Hindarkan segala gangguan terutama gajet atau akses
ke internet. Benda-benda ini akan mengurangkan daya ingatan mereka terhadap
segala persiapan dan ulangkaji.
16.
Buat ibu bapa, kurangkan
aktiviti yang tiada kaitan dengan peperiksaan UPSR anak; contohnya pergi
bercuti, melancong dan sebagainya. Kalau terpaksa, minta anak-anak membawa buku
ulangkaji.
17.
Pastikan kesihatan
anak-anak sentiasa baik, lebih-lebih lagi menjelang dan semasa peperiksaan.
18.
Berikan makanan terbaik
yang bagus untuk minda dan kecerdasan. Makanan seperti kismis, buah kurma patut
dijadikan menu pagi harian.
19.
Elakkan anak-anak dari
makan dan minum makanan ringan serta minuman bergas
20.
Elakkan makan kepala
ikan. Lebihkan pada sayuran dan buah-buahan segar.
21.
Tidur dan dapatkan rehat
yang secukupnya. Badan perlu rehat supaya dapat bekerja dengan baik. Otak yang
telah digunakan semaksima ketika ulangkaji perlu disegarkan dengan tidur yang
cukup.
22.
Solat lima waktu perlu
dijaga. Bukan sahaja oleh anak-anak yang bakal ambil peperiksaan UPSR tetapi
juga ibu bapa.
23.
Buat solat sunat hajat
dan sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT supaya diberikan kemudahan, kesihatan, daya
pemikiran yang baik.
24.
Mohon ampun maaf pada guru dan ibubapa serta berdoa sebelum masuk dewan peperiksaan. Ucapkan alhamdulillah, selesai menjawab
soalan peperiksaan.
“ Selamat maju jaya utk semua CALON UPSR 2017"
SOALAN SAINS PERCUBAAN ( 2017 ) - NEGERI-NEGERI
Soalan Sains Percubaan UPSR 2017
- Cadangan Jawapan Kertas 2
- Kertas 1
- Kertas 2
- Pahang Sains K1 2017
- Pahang Sains K2 2017
- sains k1
- sains k2
- SAINSK1-TRIAL-2017-0127017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0327017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0427017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0527017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0627017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0727017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0827017
- SAINSK1-TRIAL-2017-0927017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1027017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1127017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1227017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1327017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1427017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1527017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1627017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1727017
- SAINSK1-TRIAL-2017-1827017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0127017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0227017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0327017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0427017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0527017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0627017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0727017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0827017
- SAINSK2-TRIAL-2017-0927017
- SAINSK2-TRIAL-2017-1027017
- SAINSK2-TRIAL-2017-1127017
- SKEMA PEMARKAHAN SAINS AR3 PDF
- SN-TRIAL-JAWAPAN-0127017
- SN-TRIAL-JAWAPAN-0227017
- SN-TRIAL-JAWAPAN-0327017
- SN-TRIAL-JAWAPAN-0427017
- soalan kertas 1
- Soalan Kertas 2
- 018 Sains Kertas 1 AR3 BARAM PDF
- 018 Sains Kertas 2 AR3 BARAM PDF
- Cadangan Jawapan Kertas 1
- SKEMA JAWAPAN KERTAS SAINS 018(1)_1
- SKEMA JAWAPAN KERTAS SAINS 018(2)_1
- Skema Trial Kelantan
- JPN Kelantan SN T6 K1 [2016] Percubaan 1 (soalan)_1
- JPN Kelantan SN T6 K2 [2016] Percubaan 1 (soalan)_1
- JPN Perlis SN T6 K1 [2016] Julai (soalan)_1
- JPN Perlis SN T6 K1 K2 [2016] Julai (skema)_1
- JPN Perlis SN T6 K2 [2016] Julai (soalan)_1
- SAINS KERTAS 018(2)_1
Langgan:
Catatan (Atom)
BUKU TEKS DIGITAL KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR 📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1 ...
-
PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional Tidak dinafikan pasti ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini...
-
Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).PAK-21menekank...
-
Daya · Tidak boleh dilihat tetapi kita boleh rasa dan lihat kesannya · Adalah tolakan dan tarikan Tolakan Me...